1 Theta Family
About One Family Facebook
Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Kehidupan Manusia .
Wednesday, 12 June 2013 • 05:57 • 0 comments

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan Daerah Selangor, para guru besar, barisan hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru dan para hadirin sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Kehidupan Manusia.”

Hadirin yang dihormati sekalian,
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Sains dan Teknologi sangat penting pada zaman ini. Negara kita sedang menuju ke arah negara maju. Ini disebabkan semakin maju Sains dan Teknologi negara tersebut maka semakin majulah negara itu.

Di antara contoh kemajuan Sains dan Teknologi ialah terciptanya televisyen, telefon, komputer dan peralatan perubatan yang canggih. Peralatan ini memberi banyak kemudahan kepada manusia.

Pada zaman dahulu kehidupan manusia mundur kerana tiada Sains dan Teknologi. Manusia ketika itu ketinggalan dalam aspek pendidikan, perubatan, perindustrian kerana tiada alat yang berteknologi tinggi.

Hadirin sekalian,
Dengan perkembangan Sains, kerja kita menjadi semakin mudah dan cepat. Semua kerja harian kita dapat dibuat dengan pantas dan betul. Kecanggihan teknologi menjadikan manusia semakin pintar.

Berdasarkan keterangan itu tadi, saya menyarankan agar saudara-saudari menggunakan rekaan Sains dengan bijak. Akhir kata, sampai di sinilah syarahan dan saya sudahi dengan ucapan sekian , terima kasih ...


PASTFUTURE
Hello;
Hi ! Welcome To My Blogger , 1 Theta is My Name Classroom , Follow me Okay :)
Shout !

Memory
GWIYOMI = GAYA WANITA INIKAH YANG ORANG MUKMIN INGINKAN ? -,-
  • Contoh Karangan Surat Kiriman Rasmi "
  • Semasa Hari Guru :)
  • Surat "Bahasa Inggeris "
  • Welcome To 1 Theta Blogger :)