1 Theta Family
About One Family Facebook
Semasa Hari Guru :)
Thursday, 30 May 2013 • 00:38 • 0 comments
Kenapa perlu meraikan hari guru? kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid 
Dalam pada itu, sebagai menghargai jasa guru, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru
Seperti kebiasaannya dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang boleh dilaksanakan sekolah
Antara program pertama biasa dilakukan adalah dengan mengadakan perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG
Ada juga acara, dimana guru-guru akan diarak memasuki dewan atau tempat khas dengan paluan kompang dan sebagainya
Dalam majlis ini, para guru akan membaca ikrar guru, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar dan negara
Terdapat juga acara memberi hadiah kepada guru-guru. Pemberian hadiah kepada guru dibuat secara individu dan mengikut kelas
Pada hari itu, guru akan mendapat pelbagai hadiah seperti bunga, pen dan buku. Sebenarnya guru-guru hanya mengharapkan pelajar berjaya dalam pelajaran dan mereka tidak pernah meminta hadiah daripada para pelajar
Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. Majlis jamuan hari guru ini dihadiri oleh guru-guru dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Acara persembahan

Persembahan boleh dibuat secara individu dan kumpulan. Tujuan persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan guru-guru. Antara persembahan yang biasa diadakan adalah seperti nyanyian,deklamasi sajak,tarian dan sketsa
Di samping itu, para guru juga akan membuat persembahan. Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar. Ada juga guru yang membuat persembahan secara individu dan berkumpulan
Kebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat muzik. persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar.

 Kami dari kelas 1 Theta ingin mengucapkan selamat hari guru kepada ibu angkat kelas kami iaitu Pn. Anita Dan Pn. Hanizaz , dan kepada semua guru - guru di MALAYSIA yang telah mendidik anak anak malaysia :)


PASTFUTURE
Hello;
Hi ! Welcome To My Blogger , 1 Theta is My Name Classroom , Follow me Okay :)
Shout !

Memory
GWIYOMI = GAYA WANITA INIKAH YANG ORANG MUKMIN INGINKAN ? -,-
  • Surat "Bahasa Inggeris "
  • Welcome To 1 Theta Blogger :)