1 Theta Family
About One Family Facebook
tujuan membuat blog
Friday, 21 June 2013 • 21:50 • 0 comments
          TUJUAN MEMBUAT BLOG

1-menyampaikan informasi yang bermanfaat untuk diri sendiri dan bagi orang lain.
2-memberikan keuntungan bagi diri sendiri dan orang lain.
3-menyalurkan hobi dan mengisi waktu lapang dengan kegiatan positif.
4-saling bertukar pengetahuan dengan pembaca,blogger menulis,pengunjung memberikan tanggapan atau komentar.
5-memberikan informasi yang update tentang diri pemilik blog,hal-hal yang berkesan,cacatan harian dan sebagainya.

SAINS DAN TEKNOLOGI
Wednesday, 19 June 2013 • 03:41 • 0 comments
                  SAINS DAN TEKNOLOGI

Maksud Sains dan Teknologi
Sains dan Teknologi penting dalam kehidupan seharian kita.Tetapi adakah kita tahu maksudnya? Di sini saya terangkan maksud Sains dan Teknologi.

Maksud Sains
Ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya.
- Cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau keperluan semata-mata (fizik,kimia,biologi)

Maksud Teknologi
-Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri,pertanian,perubatan dan perniagaan.
-Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.

Contoh gambar sains dan teknologi:





faedah menggunakan blog
• 00:21 • 0 comments
            FAEDAH MENGGUNAKAN BLOG

1. Blog membolehkan pelajar yang mempunyai        kemahiran web menggunakan sumber maklumat kegemaran mereka,iaitu internet,secara sah dan sesuai serta mengaplikasikan kemahiran mereka dalam program tersebut.

2. Ia meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik.

3. Ia membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir Internet melalui pembelajaran rakan sebaya.

4. Ia memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran mereka.

5. Ia membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain.

6. Ia merupakan portal kreativiti inisiatif sendiri,kerana idea yang bagus bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi,malah mendapat respon secara langsung daripada pembaca blog.

7. Ia membolehkan program anda lebih mudah dilihat di Internet dan memberikan imej positif yang jelas,seterusnya boleh menghasilkan komitmen yang tinggi daripada pelajar terhadap program tersebut dan perasaan bangga terhadap hasil kerja meraka.

8. Ia menjadikan pembelajaran lebih sama rata,guru bertindak sebagai titik kawalan,bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan tafsiran.

Example English Essay Titled " Friend "
Wednesday, 12 June 2013 • 06:11 • 0 comments

Friends are people whom we turn to when our spirits need a lift. They are always by our side through thick and thin. They stand beside us even when our disposition is not perfectly right and will fight for us if we are oppressed. Therefore, it is clear that friends play a vital role in shaping who we are today. But what qualities exactly do we need to look for in a friend?
A friend should always be caring towards you. He or she should take interest in your problems no matter how big or petty your problem may be. A friend should be able to sit beside you and encourage you to keep your chin up even when everyone else is against you. A friend’s empathy and lovingness will also replenish your worn-out soul and will make you realize how important a friend really is.
Apart from that, a friend should be an honest person. An honest friend will dissipate any worries that he or she is lying towards you. A friend’s honesty will enable you to trust his or she’s opinion when it comes to telling you the truth about yourself. For example, an honest friend will remand you on your declining grades and will ask you to work harder while a dishonest friend will see it with a blind eye. Therefore, an overall improvement in yourself will be noticeable if you have an honest friend.
Moreover, a friend should be generous both emotionally and knowledge wise. A friend who is generous ought to be able to connect with you and provide emotional support. He or she should also be generous when it comes to sharing knowledge. A true friend must be ever-ready to help you when you are inept in certain subjects. A friend can easily guide you towards understanding the subject matter better as he or she is often on the same page as you. The only difference is that you can’t quite grasp the content of the page per se.
Besides that, a friend must also be able to humour you. Humour plays a quintessential role in making your day more lively and enjoyable. Friends who pull your leg and mess about will indefinitely make life seem so much better. As they say, laughter is the best medicine and a little levity on rainy days is always welcomed. 
In conclusion, friends are people we spend most of our time with. Thus, we have to be selective when it comes to choosing our friends.

Kepentingan Pendekatan Kepercayaan Dan Keyakinan Kepada Tuhan
• 06:08 • 0 comments

ABSTRAK : Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermulanya dari 
pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil.Untuk melahirkan rakyat yang rela berbakti 
serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, 
bekerjasama dan hormat menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan 
sesebuah negara.Sikap ini membantu kearah pembentukan satu bangsa yang maju dan 
makmur. Dengan kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah mampu membina serta 
menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya. 
Usaha-usaha kearah membentuk penerapan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan amat 
penting untuk melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri bahawa manusia dan alam 
tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada penciptanya.Sikap keyakinan kepada Tuhan akan 
menjadikan jiwa manusia sebagai hamba yang taat serta patuh perintah. Keyakinan ini 
akanmenguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan 
manusia digalakkan untuk mengkaji fenomena alam.Ini menjadikan insan itu lebih berfikiran 
terbuka dan dapat menghargai semua perbezaan sebagai asas membangunkan idea-idea dan 
fikiran.Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab dalam mentadbir dan 
memakmurkan alam ini dengan baik.Kertas konsep ini cuba mencari kepentingan penerapan 
kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan dalam memalui Pendidikan Teknik dan Vokasional 
di negara.
Katakunci : Kepentingan Pendekatan, Kepercayaan Kepada Tuhan .

"Kepentingan Matematik Dalam Kehidupan "
• 06:01 • 0 comments


Kenapa Matematik Penting Dalam Kehidupan ?
Pendidikan Matematik merupakan satu mata pelajaran wajib dari tadika sampai sekolah menengah. Kebanyakan kursus yang ditawarkan di universiti juga banyak merangkumi unsur matematik. Setiap hari, kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak boleh lari daripadanya sama ada kita suka ataupun tidak.  Semasa membeli-belah, kita menggunakan matematik.  Semasa memasak di dapur, kita menggunakan matematik juga.  

Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasil-hasil seni dilukis dan dibina.  Lihat sahaja kepada bangunan Petronas Twin Tower yang tersergam indah di ibu kota kita, Kuala Lumpur, tanpa adanya matematik maka, tiadalah jurutera dan arkiteksnya yang berkaliber.  Memandangkan matematik sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah.  Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerukan penguasaan matematik yang tinggi.  Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang individu.  Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu. 

Untuk mengelakkan mata pelajaran pendidikan matematik menjadi sukar, boring, dan membosankan, sebagai seorang guru pendidikan matematik yang berkaliber, beliau haruslah mencipta suasanna pembelajaran menarik yang menggalakkan budaya pemikiran matematik.  Beliau juga haruslah mempunyai semangat komited kepada pelajar. Guru haruslah menerapkan nilai matematik dan perfahaman dalam kalangan pelajar supaya mereka lebih menarik dengan mata pelajaran tersebut. 

Sebagai seorang pelajar, pelajar haruslah tidak takut akan matematik tetapi cuba 'berkawan' dengan matematik. Matematik tidak menakutkan. Hal ini demikian kerana pelajar harus memahami konsep matematik seperti mengetahui latar belakang kawan. Dont ever judge the book by its cover. Sekiranya memahami kawan, pelajar akan mendapati bahawa kawan mereka sebenarnya tidak menakutkan tetapi merupakan seorang kawan yang mesra. 

Sebagai kesimpulan, matematik amat mempengaruhi kehidupan seharian kita dari zaman nenek moyang kita sampai sekarang dan juga masa depan. Ini hakikatnya. Semua pihak haruslah berusaha untuk menjadikan dan melahirkan pemikir matematik yang mempunyai keupayaan analitikal yang baik. 

Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Kehidupan Manusia .
• 05:57 • 0 comments

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan Daerah Selangor, para guru besar, barisan hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru dan para hadirin sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Kehidupan Manusia.”

Hadirin yang dihormati sekalian,
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Sains dan Teknologi sangat penting pada zaman ini. Negara kita sedang menuju ke arah negara maju. Ini disebabkan semakin maju Sains dan Teknologi negara tersebut maka semakin majulah negara itu.

Di antara contoh kemajuan Sains dan Teknologi ialah terciptanya televisyen, telefon, komputer dan peralatan perubatan yang canggih. Peralatan ini memberi banyak kemudahan kepada manusia.

Pada zaman dahulu kehidupan manusia mundur kerana tiada Sains dan Teknologi. Manusia ketika itu ketinggalan dalam aspek pendidikan, perubatan, perindustrian kerana tiada alat yang berteknologi tinggi.

Hadirin sekalian,
Dengan perkembangan Sains, kerja kita menjadi semakin mudah dan cepat. Semua kerja harian kita dapat dibuat dengan pantas dan betul. Kecanggihan teknologi menjadikan manusia semakin pintar.

Berdasarkan keterangan itu tadi, saya menyarankan agar saudara-saudari menggunakan rekaan Sains dengan bijak. Akhir kata, sampai di sinilah syarahan dan saya sudahi dengan ucapan sekian , terima kasih ...


PAST
Hello;
Hi ! Welcome To My Blogger , 1 Theta is My Name Classroom , Follow me Okay :)
Shout !

Memory
GWIYOMI = GAYA WANITA INIKAH YANG ORANG MUKMIN INGINKAN ? -,-
  • tujuan membuat blog
  • SAINS DAN TEKNOLOGI
  • faedah menggunakan blog
  • Example English Essay Titled " Friend "
  • Kepentingan Pendekatan Kepercayaan Dan Keyakinan ...
  • "Kepentingan Matematik Dalam Kehidupan "
  • Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Kehidupan M...
  • Contoh Karangan Surat Kiriman Rasmi "
  • Semasa Hari Guru :)
  • Surat "Bahasa Inggeris "